JOM TGOK..!!!

Sunday, September 30, 2012

10 Pesan Imam Syafie

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani

harini mimi nak kongikan kat kekwan semua tetang Imam Syafie terhadap umat manusia..
mimi harap dengan apa yg mimi kongsikan ni semua org leyh buat pedoman dan memperbaiki diri masing masing... insyaALLAH..... :)

Jadi sebelum hari kematian kita akn tiba, hayatilah pesanan Imam Syafie kepada umat Islam. Wasiat beliau "Barangsiapa yaang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah mengamalkan 10 perkara tersebut"

 Hak kepada diri sendri. Hendaklah mengurangkan tidur, makan, percakpan, dan berpada-pada dengan rezki.

 Hak kepada malaikat maut. Anda hendaklah mengqada kwajipan2 yang tetinggal, mendapatkan kemaafan daripada org yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasai cinta kepada ALLAH.

 Hak kepada kubur. Untuk menjaga hak tersebut anda perlulah membuang sifat menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu org yang dizalimi.

 Hak kepada munkar dan nakir. Hak ini terpilihara sekiranya anda tidak berdusta, bercakap benar, meniggalkan maksiat dan saling menasihati.

 Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat). Caranya adalah dengan menawal kmarahan, bnyak berzikir, ikhlas dalam beramal dan sanggup menanggung kesusahan.

 Hak kepada terhadap sirat(titian yang merintangi neraka ketika hari kiamat). Hak ini boleh dpenuhi apabila membuang tabiat mengumpat, warak, suka bantu orang beriman dan suka berjemaah.

 Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka). Untuk memenuhi hak ini anda haruslah menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t, berbuat baek kepada ibu bapa, bersedekah .

 Hak kepada Ridhzuan(malaikat penjaga syurga). Sentiasa redha qada ALLAH, sabar menerima bala, bersyukur atas nikmak yg dberikan dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

 Hak kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sentiasalah beselawat, berpegang kepada syariat, bergantung kepada sunnah, menyayangi  para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan ALLAH.

 Hak kepada ALLAH s.w.t. Tunaikanlah hak itu dengan mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Amin....

Selamat Datang Semua.... Terima Kasehh... :)

0 comments:

Post a Comment